sempena Hari Keputeraan Nabi Junjungan kita, haruslah saya berkongsi sebuah kisah tentang baginda Rasulullah SAW yang saya pernah dengar dari mulut seorang ustad yang saya tidak tahu namanya(tetapi ustad betol bukan tipu2, saya memang honest tidak tahu nama nya). dan haruslah juga saya berbahasa Malaysia kerana penyampaian ustad tersebut juga dalam bahasa ini dan seboleh-bolehnya saya berusaha menggunakan perkataan-perkataan yang hampir dengan yang telah digunakan oleh ustad tersebut. juga saya takut penyampaian dalam bahasa Inggeris saya tidak tepat dan tidak sampai ke pemahaman kamu-kamu sekalian. nanti terpesong pulak message nyer yer. EHEK
ini adalah kisah kewafatan Rasulullah SAW. pada suatu hari, Rasulullah SAW didatangi malaikat Jibril yang berkata, "Rasulullah, aku datang kerana ingin menyampaikan dua perkara dari Tuhan mu. satu, Allah SWT kata Al-Qur'an dah cukup 30 juzuk. kedua, Allah SWT menyuruh aku mengambil nyawamu, adakah kamu mahu mati?" betapa istimewa nya baginda diberi pilihan samada mahu meninggalkan dunia ini atau tidak. Rasulullah SAW segera menjawab bahawa baginda mahu nyawanya dicabut memandangkan Al-Qur'an sudah cukup himpunannya 30 juzuk dan kerana baginda sudah tidak sabar bertemu dengan zat Pencipta yang sangat dikasihinya. Jibril pun berkata bahawa dia akan datang lagi enam hari untuk mengambil nyawa Rasulullah SAW.
pada hari yang dijanjikan, dikala Rasulullah SAW sudah terlantar sakit, datang malaikat Jibirl bersama tiga lagi malaikat. Allah SWT memberi lagi keistimewaan kepada baginda dimana baginda ditanya jika baginda mempunyai apa-apa permintaan sebelum roh nya dipisah dari badan. Rasulullah SAW memohon agar nyawanya dicabut seperti dicabutnya nyawa dari hamba Allah SWT yang tidak bersembahyang kerana orang dari golongan ini adalah yang paling sakit sekali nyawanya untuk berpisah dari badan berbanding dengan golongan yang berzina, meminum arak dan lain-lain. betapa mulianya Rasul junjungan kita, mahu merasa keperitan yang paling dahsyat yang bakal ditanggung oleh umat nya yang tidak menyembah Tuhan nya walaupun baginda Rasulullah SAW adalah seorang maksum.
malaikat pertama menarik roh Rasulullah SAW dari kaki hingga ke lutut. pengsan Rasulullah SAW kerana terlalu sakit. apabila sedar dari pengsan nya, baginda memohon pada Allah SWT, "kalau beginilah kesakitan yang dirasai oleh umat ku ya Allah, biarlah aku menanggung segala kesakitan ini ya Allah" manusia mana yang boleh menandingi kemuliaan Nabi Muhamad SAW yang mahu menanggung semua kesakitan yang paling getir dalam seumur hidup manusia? dan bukan hanya seorang manusia, baginda mahu menanggung kesakitan untuk setiap umat nya di muka bumi ini..? Allah SWT menolak permintaan baginda dan berkata setiap hamba Nya dan umat Rasulullah harus menerima dan merasai sendiri balasan terhadap apa yang telah merekaka lakukan di muka bumi.
malaikat kedua pula menarik roh Nabi Muhamad SAW dari lutut ke pinggang. sekali lagi baginda pengsan kerana sakit yang teramat. apabila baginda sedar dari pengsan nya, malaikat ketiga pula mencabut roh baginda dari pinggang ke halkum. perkara yang sama berlaku, Rasulullah pengsan kali ketiga. sesedar baginda dari pengsan nya, Rasulullah memohon lagi dengan Allah SWT, "Ya Allah, kau terimalah taubat umat ku walaupun nyawa mereka sudah di takat ini" Allah SWT kabulkan permintaan yang satu ini dari kekasih-Nya itu. inilah sebabnya kita masih mampu mengucapkan dua kalimah syahadah walau kita sudah terlantar nazak. dibandingkan dengan zaman Nabi Musa, dimana Firaun mahu bertaubat apabila dia lemas di Lautan Merah, Allah SWT tidak lagi menerima taubat nya dikala itu. sebelum Jibril mencabut terus roh baginda keluar dari jasad nya, baginda sempat lagi berkata "Ummati, Ummati, Ummati. As-Solah, As-Solah, As-Solah." betapa indah dan mulia nya Rasullullah SAW, sebelum baginda pergi meninggalkan bumi ini buat selamanya, baginda masih lagi ingat dengan kita umat nya. betapa sayangnya baginda terhadap kita ini yang seringkali lalai dan lupa akan diri baginda, apatah lagi pengorbanannya.
semoga menjadi renungan kita bersama (itu termasuk saya juga) yang hari Keputeraan Nabi Muhamad SAW bukan sekadar hari cuti umum, it is something to be celebrated. cause, without the birth of the Prophet Muhamad, we won't be having the faith & arah tuju like we have today, and we won't be living like we are today, and I won't be writing this entry for you to ponder upon. (tiba-tiba ngegeh mahu berbahasa Inggeris kembali).
saya memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan dalam menulis kisah ini, juga maaf jika terdapat bahasa yang kurang/tidak sesuai dalam menulis entry ini. andai ada kesilapan di mana-mana bahagian kisah ini, tolong ditegur dan diperbetulkan.
saya memohon kepasa sesiapa yang fasih dalam berbahasa Inggeris, silalah mengalih bahasa entry ini supaya orang yang tidak faham bahasa Malaysia dapat menghayatinya juga. asalkan tidak lari dan terpesong dari message asal.
Allahuma salli ala saiyidina Muhamad, wa'ala ali Muhamad.